SINAR FM | Astro Content

SINAR menghiburkan pendengar dengan genre muzik yang pelbagai dari era 80an, 90an, 2000 juga yang terkini dan mensasarkan pendengar Melayu moden yang berusia di antara 25 hingga 39 tahun. Sekiranya anda membesar dengan muzik-muzik daripada Ella, Visa, Hattan, dan Ziana Zain, inilah stesen untuk anda. Sejajar dengan kehendak masyarakat Melayu Moden sekarang yang mementingkan elemen-elemen kerohanian, SINAR telah menyelitkan segmen-segmen yang bersesuaian yang memberi inspirasi kepada masyarakat. Dengan barisan penyampai yang setia menemani pendengar bermula dengan Jep, Shuib, Rahim, Abby Fana, Feeya Iskandar, Salih Yaccob dan Jamal Jamaluddin . SINAR sentiasa ingin “Menyinari Hidupmu” dengan hiburan dan program yang berkualiti untuk pendengar. SINAR juga boleh didengari di aplikasi SYOK, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.