THR GEGAR | Astro Content

GEGAR merupakan sebahagian daripada radio THR yang telah diambil alih oleh AMP Radio Networks pada tahun 2005. Oleh kerana GEGAR bersiaran melalui frekuensi radio di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja, Permata Pantai Timur telah menjadi tema stesen radio ini. GEGAR telah diberi jenama baru dan dikenali sebagai GEGAR bermula Januari 2018. Sehingga kini GEGAR telah menjadi stesen radio nombor satu di Pantai Timur dengan purata 2.1 juta pendengar setiap minggu. Sasaran pendengar kami ialah mereka yang berusia 18-39 tahun di seluruh Pantai Timur. Seiring dengan perkembangan teknologi dah digital, GEGAR juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Astro DTU 863, dan diseluruh dunia melalui aplikasi SYOK. Gegar menjadi pilihan ramai kerana menampilkan kepelbagaian jenis musik, seperti rock, pop, dangdut, tradisional, hip hop dan irama global. Menambahkan keunikannya, GEGAR juga menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan lagu daripada pelbagai bahasa seperti English, Hindi dan dialek Pantai Timur. GEGAR juga boleh didengari di aplikasi SYOK, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.